Friday, April 30, 2010

BULAN LEPAS

Posted by SISI SENI PRODUCTION on 1:12 AM with No comments
SISI SENI:GADOH di MiTC MELAKA

Pada 27 dan 28 Mac 2010

Sisi Seni dengan kerjasama Rumah Anak Teater dan KOMAS, telah membuka booth GADOH di
Karnival 1 Media 1 Malaysia. Penampilan khas Moizzis R.Cong (penulis skrip Gadoh),
Zahiril Adzim dan Fared Ayam, serta kugiran jemputan GREY SKY MORNING.








9 Mac 2010

Womens Reclaims the Night
anjuran AMNESTY INTERNATIONAL


SISI SENI terlibat secara tidak sengaja, dengan kolaborasi dan tunjuj ajar daripada
RUMAH ANAK TEATER untuk membuat satu street theater.

tajuk:Ragut
arahan:Moizzis R.Cong
cast:AMAR, GADAFI MALEKI, NAD, CECH, NABILA, SAL, ABUL, CERAH.



AKAN DATANG 14 15 dan 16 MEI

Posted by SISI SENI PRODUCTION on 12:13 AM with No comments


SISI SENI di Lorong Seni
14,15 dan 16 Mei 2010
Menara KBS, Presint 4, Putrajaya.

SISI SENI akan berkarya di Lorong Seni, dengan garapan-garapan karya yang matang, bertempat di Menara KBS, presint 4 Putrajaya.

Turut terlibat Frinjan, Paradoks, Pixel, Beautyinlens dll.

Persembahan jalanan
Street theater
Installation
Monolog
Akustika
tayangan filem pendek (dengan kerjasama KOMAS)


Tayangan filem pendek:

15 MEI 8.30 MALAM DEWAN PODIUM A, MENARA KBS

MEMALI-RAHMAT HARON/KOMAS

NAHAS GELANG PATAH 77-SISI SENI/LARI LARI PRODUCTION

SI KERIS TUA-GIGI BESI PRO...DUCTION

BILA AZAZIL BERBISIK-CILI API PRODUCTION

TAFSIR MALAYSIA-SISI SENI

KAWAN-JARI SEPULUH PRODUCTION

Tuesday, April 27, 2010

SENI TAFSIR ISU

Posted by SISI SENI PRODUCTION on 6:42 AM with No comments
TAFSIR MALAYSIA merupakan filem pendek karya SISI SENI. Semasa disuruh menulis, aku hanya terfikirkan sikap. SIKAP kenegaraan dan patriotisma yang hilang sama sekali, kerana itu aku menyelitkan maksud-maksud tersirat di sebalik babak yang didedahkan. Fikir, dan tafsir. -petikan penulisan Cech Adrea


Babak 1
suasana pagi sekolah lokasi.
Waktu pagi, lelaki sedang tidur di atas katil.

Babak2
Kedengaran loceng dan lagu negaraku berkumandang. Kamera menunjukkan rumah (tempat lelaki itu tinggal) bersebelahan sekolah( dimana lagu Negaraku berkumandang di waktu pagi, ketika perhimpunan)

Babak3
Lelaki tersebut bangun dari tidur, berdiri (seolah reflek dari bunyi lagu kebangsaan) dan mencapai tuala.
(lagu masih berkumandang)

Babak4
Lelaki tersebut menggantung tuala di bendera Malaysia (sedikit usang, terkoyak) yang ditampal di pintu, dia lalu membuka pintu bilik air.

Babak 5
Lelaki menggosok gigi, lagu negaraku dirangkap akhir.


Babak6-perhentian bas
View dari seberang jalan. Lelaki berjalan di tepi jalan dengan 2 org rakan, berbaju kasual, pulang dari kelas, memegang beg dan barang2 sekolah (mood riang)
Sedang berbual2 kosong, sambil berjalan (mood riang)

Lelaki: tanggal 21, bulan8 57.. merdeka2
Rakan1: ah kau nyayi pon salah.. 31 lah bukan 21.
Rakan2:(sambil memeluk bahu) haha.. (berdekah2) tarikh merdeka pon tak ingat.. haha
Lelaki: ah korang.. bajet patriotik.

Babak 7
View dari depan.
Lelaki: Weh kecoh kan skang.. pasal 1 Malaysia tu taw.
Rakan1: tu la pasal.. semua benda dah jadi satu.. tapi ada betulnya gak.. (emphasize)
Rakan2: (menyelit) tak paham do.. apa yang satu Malaysia nya pon aku tau.. sebelum ni aku tengok sama gak.
Lelaki: Entah. Ada la plak 2 malaysia, 3malaysia, 4 malaysia..
Rakan2: Alah benda ni dah lama la.. benda sama.. kita tetap praktikkan perpaduan kan..

Fade out

Babak8
Sampai dirumah. Kakak tengah menari sambil pegang bulu ayam.
kakak (bergelang kaki India): menyanyi tamil (ajan cari lagu)

Babak9:
Kamera view meja. Buku sejarah diletak di atas meja.
Lelaki: Lagu mende sial kau nyanyi.. dah xde lagu melayu dah ke..
Kakak: Eh suka ati aku la.. kmera terus view buku sejarah dan artikel serajah perpaduan

Babak 10
View 2org dr blakang, sedang jalan, sambil borak. lelaki watak utama jalan bertentangan
org 1: berapa harga ah?
Orag2: (keluarkan rokok)entah.. kat kedai Pak Haji belakang ni mahal skt tau.. dah la barang seludop.
Orang1:ye ke.. tu ah.. macam tak ramai orang je kedai Pak Haji tu.
Orang 2: (bakar rokok kat mulut) kedai maniam tu lagi murah ko tau.. Pak Aji tu bukan nak tolong sama-sama melayu..
Orang1: weh..(teruskan perbualan, transisi babak lain-bahu terlanggar)
Orang 2 terlanggar lelaki watak utama.
Orang2: eh sorry2..
Lelaki hanya memandang, buat tak endah.

Babak11
Lelaki sedang jalan sorang. Beg duit, fon, hilang(meraba-raba poket seluar)
Lelaki: (mengeluh) mood risau, kusut..
Mane wallet aku.. ? mane hanpon aku? Ah.. mane pergi plak nie..
(cari dalam beg2, selongkar) aduh..
emphasizekan watak kusut barang hilang

Babak12
Di public phone, lelaki tersebut, ada lelaki melayu, lelaki india sedng tunggu, pakai fon.

Lelaki: Kak aku balik lambat sikit la.. wall.. hello.. kakak.. aduh.. habes pulak.
Kamera view tangan, syiling hanya tinggal 10sen, 5sen.

Babak13
Lelaki melayu di sebelahnya hanya buat tak endah. Lelaki india tadi memandang, cuba mengetahui apa yg dikeluhkan.
Perempuan: Tak cukup syiling ka?? Nah pakai nie.. kasi kamu.
Lelaki: .. terima kasih.. (mood senyum, tp masih resah)
Fade out

Babak14
Dirumah.
Kakak buka pintu. (One shot skill). Dari pintu masuk, kamera ikut subjek.
Lelaki: wallet aku hilang do.. aduh ic sume kat dalam tu.. hanpon. (kusut, mengeluh)
apa nya nasib la sial.. aduh..
Kakak: Tu la kau.. bongok sangat.. cuai. Tu ha.. kat atas meja tu wallet, icu hanpon kau sume(subjek). Tadi ada sorang brader cina tu hantar kat umah.. (kamera bergerak view ke gambar org cina,melayu, india kat atas meja)

V0 masuk- cara kita memahami perpaduan bukan berdasarkan isu, tapi cara tafsiran kita sendiri. (vo sue she)
Fade out to black